Sunday, 31 May 2015

kita berubah, sebab kita manusia..

Assalamualaikum..

Lama tak berusik ruang blog ni..busy, takpun mungkin takde apa yg nak dikongsi..eleh bukan kongsi dengan sesape pun..lapuk gak cerita dalam blog ni takde orang baca..hehe.. untunglah ade diari elektronik skrg, tayah sakit-sakit tangan nak tulis.. yang ni taip je..alang-alang lenguh taip fyp, apasalah nya lanjur kan terus ke blog.. hehe

kisah yang akan diceritakan ni, takde kene mengena utk mengenakan sesiapa..tapi kalau terasa, mohon lempang diri sendiri sekarang, sebab anda bukan bermimpi..

kisah 1.
si A dan B ni boleh dikatakan saudara. tapi dari kecik diorang memang tak kenal apetah lagi rapat. sebab family si A ni pun jarang balik kampung, kalau balik masa raya pun selalu salah timing tak jumpa pun dengan si B. tapi si A dan B ni semakin dewasa dan kenal antara satu sama lain melalui social networking system (SNS) bak kata orang korea lah. tapi orang malaysia panggil facebook. time zaman kegemilangn facebook, tak lekang lah dari tengok new feeds kenalan yang ada. dari situ lah bermula sebuah cerita.

kisah 2.
lepas dua tiga bulan berkawan, duk hai hai kat facebook chatting, si B berminat untuk kenal si A dengan lebih rapat. tapi si A masa tu, sedang dalam dilemma. terlalu banyak yg difikirkan nya. masalah keluarga si A selapas pemergian ayahnya, perkahwinan kedua ibunya, pertelingkahan adik-beradik, sudah cukup merunsingkan hati si A. bukan tu je, si C kenangan cinta 3 tahun zaman sekolah turut kembali mengharap perhatian. dan si D, insan yang baik baru dikenali sedia menanti jawapan. dan akhirnya, takde sape yang dapat jawapan kecuali si C. si A tekad memberi peluang kedua kepada si C. mugkin ini kelemahan si A, yang tak mampu pergi jauh dari kenangan masa silam. pisang memang tak berbuah dua kali, tapi takdir bukan pisang. dia boleh terjadi berkali-kali atas kehendak yang maha Esa. si C sekali lagi merobek hati dan perasaan si A. dan dek kerana ingin melupakan sejarah tu, si A terima si B yang masih mengharap. si D mungkin sudah lupakan si A. si A sedia menguji seminggu pertama bersama si B, namun dia tahu hati dia bukan milik si B, dan dia tak boleh terus menipu. genap seminggu segalanya berakhir. 

kisah 3.
tempoh dua tahun setengah diploma byk mengajar si A tentang kehidupan dan masih banyak lagi pengajaran tentang kehidupan yang perlu diterokainya. semester terakhir diakhiri dengan latihan industri. si A ditempatkan di tempat si B sambung belajar. terlalu banyak budi si B beri kepada si A sehingga membuatkan si A terasa sesuatu yang tak pernah dia rasa untuk si B. tapi banyak kali jugak si A menafikan rasa tu atas alasan mereka bersaudara, namun masa yang ada makin merapatkan si A dan B. bukan si A mengalah kepada si B sebab dia takde sape2, si A ade si E, seorang lagi kenalan baru yang sangat baik, mungkin sampai skrg masih baik.. si A dan si B hmm boleh la dikatakan sebagai bercinta walaupun no declaration hanya sebentuk cincin sebagai tanda. dan si E, si A hanya jadikan tempat mengadu dan bercerita namun bukan tempat kasih dan sayang, tapi bagi si E, itu takde apa-apa asalkan dia masih berhubung dengan si A.

kisah 4.
kusangka kan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. semester pertama degree untuk si A di tempat yang sama dengan si B. siapa yang tak suka, kekasih hati dekat. tapi, sepanjang si A berada di sana, sekalipun si B tidak datang menjenguk dia di kolej kediaman. hati si A mula menerima signal dari otak untuk terima sebarang kemungkinan. ye betul, selama bersama si B, bukan mereka berdua sahaja dalam cerita cinta tu, malah ade seorang lagi gadis, si F. si A yang sudah tahu tentang cerita itu, dengan tekad mendesak untuk berjumpa dengan si B. awal perjumpaan mereka segala baik, ceria, dan sedikit senyuman palsu dari si A. si B mula merasa ade sesuatu yang tak kena sebab si A terlalu happy hari tu. dia cuba menguis cerita si A. si A, dengan tenang menceritakan tentang kecurangan si B. cincin di kembalikan, kata putus dilafazkan, ikatan di leraikan. 

kisah 5.
hari-hari si A tanpa si B semakin ceria, ada kawan-kawan dan hubungan keluarga yang semakin pulih turut memulihkan kembali semangat si A. Alhamdulillah dengan doa tak putus, si A boleh lupakan si B, namun tidak sekali pun dia berdendam kerana mereka tetap bersaudara. dan si E, masih setia disisi si A, mendengar setiap celoteh, bebel, marah si A. si A mula berjanji dengan diri sendiri tidak akan membuat si E terluka. tapi si E terlalu baik untuk dia, terlalu baik sehingga dia sendiri malu untuk terima si E. namun selepas 2 tahun si E setia, si A mula tunjukkan respons positif. mereka berjanji untuk merasmikan hubungan yang halal bila tiba masa. satu yang si A harap, si E berbeza hari huruf-huruf yang disebutkan sebelum ni. si E seorang yang penyabar, si A seorang yang cepat marah terutama pada si E. sebab tu lah, si E ni dikatakan baik org nya. hanya bersabar dan memujuk si A. si E sudah terlalu mengenali si A lebih dari si A sendiri. walaupun si E bukan seorang yang melanjutkan pelajaran ke tingkat yg lebih tinggi, tapi hati budi dan tanggungjawab serta kematangan dan kesabaran dan yang paling penting kesetiaan yang si E ada, yang menyentuh hati si A.

kisah 6.
sehingga sekarang si E masih bersama si A, dan si A juga bersama si E. 
InsyaAllah.......