Thursday, 22 August 2013

Yes another new entry from me

Assalamualaikum

Hai my cutie mutie bloggie. Errr cute lah sangat blog kau ni. Haha takde pape je. Saje menggedik nak buat entry post baru. Dua tiga hari ni aku duk menggila dengan si pahana tu. Melalak kat wechat. Haha. Nampak sangat masing-masing stress. Blog ni tempat meluahkan rasa je. Kang aku tweet kang panjang sangat. Buat status kat facebook macam tak best sebab dah lama aku tak guna benda alah tu. Cewah mentang-mentang dah ade twittewww. Tibew! tak la tatau la rasa tak best dah fb tu. Banyak kenangan pahit. Asyik nak stalk orang je. Haha tu la sebabnya. Haihh jauh dah merapu ni. Haaa so baik aku buat blogpost ni ha. Takde la orang nak baca sangat. Haha. Sape yang baca kantoi stalk aku lattewww. Haha perasan.
Takde ape yang penting pun yang nak di share. Hidup aku ni tak la se happening orang lain. Tapi alhamdulillah aku still bersyukur. Makan tidur tengok tv tidur makan tidur adalah rutin harian aku sepanjang 3 bulan ni. Haha berat aku naik wooo! gila lah. Tapi lantak lah, takde mood nak jaga berat-berat ni. Hehe lawa ape kalau berisi. Haha lagipun mak kata aku berat tulang. Tengok bahu pun orang dah kata aku main rugbi. Especially pizi, sokmo kate aku main rugbi. Jeles la tu. Haha well dah rangka beso nak wat camne tapi sayang nya pendek sikit. Sikit jela. Haha. So conclusion, rangka aku ikut baka belah apak, tapi tinggi separuh mak separuh apak sebab aku tak la tinggi macam kakween kakngah dan tak la sependek mak kakak dan kakcik. Haha kulit ikut mak sebab cerah. Hoho i'm so proud dengan asal kejadian aku. sesungguhnya Allah maha berkuasa :)
itu bermakna aku tak boleh abaikan kedua-dua belah keluarga. Walaupun dah tak macam dulu tapi alhamdulillah raya tahun ni semua balik jumpa mak.

Mungkin ada orang lain lebih bertuah hidupnya dari aku. Tapi Allah juga maha adil. Mungkin aku kurang dari segi harta dan rupa dan mungkin segalanya tapi aku bersyukur sebab aku dikurniakan keluarga yang menyayangi aku dan kawan-kawan sejati yang menemani aku. Dari kekurangan lah yang mengajar aku untuk lebih menghargai. Dan aku sedar ada ramai lagi kat luar sana tu yang nasib mereka tak sebaik nasib aku. Thank you Allah. Sebab tu jangan merungut. Masing-masing ada rezeki masing-masing. Allah knows the best :)

amboi kemain aku bersyarah kan. Mesti makin boring blog aku ni sebab penuh dengan ayat je with no pictures. Haha takkan nak post gambo sendiri kot. Aku tak buat aktiviti ape pun. Duk rumah goyang kaki je ha. Nantilah aku buat entry pasai kek coklat santan. Sedap wooo! haha same je rasa ngan moist cake. Just ganti minyak/butter dengan santan je. Haha dalam aku punya 'to do list' two out of three things that i've done. The another 7? haha nanti lah. Tengah buat lah ni. Jangan gopoh-gopoh. Konon kau memang suka tangguh kerja sapraa -,-
Ye aku memang camni pandai nasihat diri sendiri tapi diri sendiri pun degil dengan diri sendiri. Tak dengar cakap langsung. Haha whatever!

Wokay lah time is running and my battery also is about to 'kong' so better wa chow dulu lah.

Bye see you next time bloggie :)

assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment