Thursday, 22 August 2013

Yes another new entry from me

Assalamualaikum

Hai my cutie mutie bloggie. Errr cute lah sangat blog kau ni. Haha takde pape je. Saje menggedik nak buat entry post baru. Dua tiga hari ni aku duk menggila dengan si pahana tu. Melalak kat wechat. Haha. Nampak sangat masing-masing stress. Blog ni tempat meluahkan rasa je. Kang aku tweet kang panjang sangat. Buat status kat facebook macam tak best sebab dah lama aku tak guna benda alah tu. Cewah mentang-mentang dah ade twittewww. Tibew! tak la tatau la rasa tak best dah fb tu. Banyak kenangan pahit. Asyik nak stalk orang je. Haha tu la sebabnya. Haihh jauh dah merapu ni. Haaa so baik aku buat blogpost ni ha. Takde la orang nak baca sangat. Haha. Sape yang baca kantoi stalk aku lattewww. Haha perasan.
Takde ape yang penting pun yang nak di share. Hidup aku ni tak la se happening orang lain. Tapi alhamdulillah aku still bersyukur. Makan tidur tengok tv tidur makan tidur adalah rutin harian aku sepanjang 3 bulan ni. Haha berat aku naik wooo! gila lah. Tapi lantak lah, takde mood nak jaga berat-berat ni. Hehe lawa ape kalau berisi. Haha lagipun mak kata aku berat tulang. Tengok bahu pun orang dah kata aku main rugbi. Especially pizi, sokmo kate aku main rugbi. Jeles la tu. Haha well dah rangka beso nak wat camne tapi sayang nya pendek sikit. Sikit jela. Haha. So conclusion, rangka aku ikut baka belah apak, tapi tinggi separuh mak separuh apak sebab aku tak la tinggi macam kakween kakngah dan tak la sependek mak kakak dan kakcik. Haha kulit ikut mak sebab cerah. Hoho i'm so proud dengan asal kejadian aku. sesungguhnya Allah maha berkuasa :)
itu bermakna aku tak boleh abaikan kedua-dua belah keluarga. Walaupun dah tak macam dulu tapi alhamdulillah raya tahun ni semua balik jumpa mak.

Mungkin ada orang lain lebih bertuah hidupnya dari aku. Tapi Allah juga maha adil. Mungkin aku kurang dari segi harta dan rupa dan mungkin segalanya tapi aku bersyukur sebab aku dikurniakan keluarga yang menyayangi aku dan kawan-kawan sejati yang menemani aku. Dari kekurangan lah yang mengajar aku untuk lebih menghargai. Dan aku sedar ada ramai lagi kat luar sana tu yang nasib mereka tak sebaik nasib aku. Thank you Allah. Sebab tu jangan merungut. Masing-masing ada rezeki masing-masing. Allah knows the best :)

amboi kemain aku bersyarah kan. Mesti makin boring blog aku ni sebab penuh dengan ayat je with no pictures. Haha takkan nak post gambo sendiri kot. Aku tak buat aktiviti ape pun. Duk rumah goyang kaki je ha. Nantilah aku buat entry pasai kek coklat santan. Sedap wooo! haha same je rasa ngan moist cake. Just ganti minyak/butter dengan santan je. Haha dalam aku punya 'to do list' two out of three things that i've done. The another 7? haha nanti lah. Tengah buat lah ni. Jangan gopoh-gopoh. Konon kau memang suka tangguh kerja sapraa -,-
Ye aku memang camni pandai nasihat diri sendiri tapi diri sendiri pun degil dengan diri sendiri. Tak dengar cakap langsung. Haha whatever!

Wokay lah time is running and my battery also is about to 'kong' so better wa chow dulu lah.

Bye see you next time bloggie :)

assalamualaikum.

Tuesday, 20 August 2013

Entry baru lagi!

Assalamualaikum

Hai blog.. Haha rajin lak aku update kan. Hee biasa la orang kesunyian memang camni. Haha aku bosan sebenarnya. Sekarang pun aku still kat akademi memandu lagi. Baru habis dating dengan pegawai QTI. Menatang ape ntah. Haha ujian QTI katanya. Aku pun tatau ape yg diuji oleh beliau. Kate jela nak naik kete ngan aku kan senang. Hahaha bolok saprah.
Next week dah jpj test. Aku tak confident sebenarnya. Jalan besar kat sana tu banyak lori! ohmai mati la aku nanti. Yang lain semua okay just aku takut ngn lori je. Haha. Takpelah, i'll try my best.
Nak masuk degree tapi banyak lagi aku tak buat ni. Haiyoo serabut.
Hmm k la nak balik dah.

Bye blog, assalamualaikum :)

Monday, 19 August 2013

Dengarlah bintang hatiku

Dengarlah bintang hatiku, aku akan menjagamu, dalam hidup dan matiku, hanya kau lah yang ku tuju. Dan teringat janjiku pada mu, suatu hari pasti akan ku tepati.
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku, walau ku tahu ragamu tak utuh. Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh kerna bagiku engkau lah nyawaku.

Assalamualaikum..

Haha baru jumpa lagu ni lepas tengok cerita ijab & qabul. Haaa cerita tu sedih. Huhu. Takde pape saje je lagu ni best. Hehehe. Di petang yang damai ni memang syok nyanyi sorang-sorang tangkap leleh lentok bagai. Haha.
Wahhhh siap berangan ade orang nyanyikan aku lagu ni sambil main gitar lagi. Haha tapi macam tak mungkin je. Orang yang nak kat aku semua pondan tak reti main gitar, petik je pandai tapi haprak. Haha takpe-takpe jangan marah-marah. Perjalanan masih jauhhhhh. Belajar gitar sendiri jelah kan senang. Nak tuju lagu pun senang. Hahaha ngok membebel sengsorang.
Hadoi, nak release tension jap. Sumbat telinga ngan earphone. Banyak pulak problem ni. Banyak benda nak kene pikir. Masa tinggal lagi berapa minggu je. Hmmmm probelems! Especially pasal duit. Hadusss.

Ya Allah, permudahkan lah urusan ku :'(

Huu assalamualaikum ...

Friday, 16 August 2013

Tiba-tiba

Assalamualaikum :)
hai selamat petang encik blog. Tiba-tiba terasa macam nak tulis entry baru petang ni. Hmm nak cakap pasal hati dan perasaan boleh? ahh kalau tak boleh pun ado den kesah? blog aku, aku sorang je yg baca. Haha
Okay back to the point.
Seorang demi seorang yang pergi dari hidup aku. Bermula dengan en.I, en.E, dan en.A. haha what is thisss?!
okay let me explain. Mereka lah yang pernah singgah dalam hidup aku dan pernah diberi peluang. Haha maybe aku yang confuse dengan perasaan aku kot. Hmm tapi peluang yang diberi dibalas dengan kekecewaan yg aku sendiri kena tanggung. Maybe sayang tu tak berapa so sakit putus cinta tu taklah parah sangat. Just kecewa dengan diri sendiri sebab senang sangat bagi peluang kat siapa-siapa ntah. Hmm percaya sangat kan. Dan kecewa sebab dikecewakan oleh siapa-siapa ntah.
So, tak salah kan sekarang aku just tunggu dan tutup hati aku untuk sesiapa. Ada je orang yang aku dah sayang sekarang, tapi biarlah. Tak perlu kecoh-kecoh. Kalau dah jodoh tak kemana. Aku penat penat penat sangat nak bercinta ni. Berkawan jelah dulu kan. Aku hanya mampu doakan yang terbaik je. Takde pakwe pun aku boleh hidup bahagia :)
jodoh itu pasti. Jodoh itu janji Allah. Allah dah tentukan siapa jodoh kita cuma tak tahu siapa, bila, macam mana, dan kat mana je kita akan jumpa jodoh kita tu.
Okay dah habis tazkirah petang ni. Semoga kita semua bertemu dengan jodoh kita dan menuju ke jannah bersamanya :)
tak lupa jugak sikit nasihat untuk my besties farhana, lets just give your relationship with mr.K a little time to rest and both of you can think rationally about yours future together. Okay? yes i know my english is like errrr. But as long as you understand what i'm trying to tell you, my english is doesn't matter anymore.
Tu je, just chill and enjoy our single life. haha
K lah. Got to go. Assalamualaikum :)

Wednesday, 14 August 2013

Sehari yang awesome :)

Assalamualaikum

Hai hola holi cikebum cikebum! hee hari raya ke6 yg awesome dengan kedatangan dua orang makhluk dari kuantan. Haha tq sebab datang! kalau tak datang ntah bila lagi la dapat jumpa. Huu al maklum lah degree tempat lain-lain. Huhu. Hahahahahaha i will miss u! k bye