Thursday, 28 February 2013

kenangan 7 hari

assalamualaikum :)

06:37 am, 28 feb 2013, Khamis

err, motif tulis semua masa tarikh hari?? haha saja sebab tatau nak wat mukadimah ape. weeweeweee! tamatnya shift pukul 4 pagi tadi maknanya sudah tamatlah khidmat saya di bahagian kitchen Dunkin' Donuts. mula-mula ingat kene habiskan practical training yang berbaki dalam kurang dari 3minggu kat kitchen, tapi baru seminggu dah dipanggil balik. huhu tatau lah sebab apa, tapi aku okay je kalau dapat g outlet balik. heheheheeeee

but the real problem is, sape nak kemas beg aku untuk balik shah alam nih? aku tension stress punah jiwa betul dalam bab-bab kemas baju. haihhh, rasa macam nak suruh mak datang sini kemaskan beg. hehehe tapi over la kan kalau camtu. haha imaginasi imaginasi. nak tanak korbankan lah masa tidur pagi ni untuk kemas barang sebab tengahari dah berangkat naik train mengendong luggage untuk kembali ke outlet. huhu


firstly nak cakap terima kasih kepada mereka yang mengajar serba sedikit nak buat kerja. haha tau, tak benyak pun aku belajar tapi i will survive, i will survive! tibewww! haha

syira eyfa lah banyak sekali tolong. buat tu buat ni aku berkepit je ngan diorang. haha last2 kena tinggal jugak, takpe tu la cara belajar an. 

kakdini yang comel dan kelakar, kakzana yang kepoh dan mesraa lawak, kak ita yang selalu hantar aku balik rumah, akak2 loading yang aku tatau nama tapi mereka selalu membalas senyum aku, i love it! haha k bukan tu je, kepada madi yang jadi driver kadang2 jadi delivery nasik kat rumah. hee, joko yang selalu buat muka cempelai dia tu sangat menakutkan aku dah la aku banyak buat salah, sorry bang adik budak baru belajar, ulum yang caring, wiwi yang bagi nama rara kat aku tenkiu dik,. tika si security guard comel yang suka dengar lagu hendustan.. haha ni jela manusia yang tegur aku. takpe, aku ni tak best pun kalau kawan sebab banyak diam je. so tayah kenal pun takpe. tapi alhamdulillah, dapatlah pengalaman kat kitchen.

ketemu semula di outlet
bye

assalamualaikum :)

Saturday, 23 February 2013

masalah jiwa

Psikologist mengatakan:

1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecilyang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yg mempunyai jiwa yg sgt sunyi.

2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia org yang kuat bersedih.

3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia.

4. Sekiranya dia sukar utk mengeluarkan airmata, dia seorang yg lemah.

5. Kalau senang menangis meskipun benda yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati lembut.

6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang. Berusahalah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri. Bukan 100% betul, tetapi ada sedikit kebenarannya disitu. :)


kenapa kenapa kenapa? huhu. baru sehari kot aku masuk kitchen untuk production donut. masuk terus shift malam, untuk y1 hari sabtu. memang banyak la donut nye. haha. memanglah penat. penat gila. sumpah! hehe tayah beria sangat boleh tak zafra? haha kakdini panggil aku zaf. pun boleh kakdini, dari dia duk bantai gelak golekgolek dengar syira panggil aku pra. macam panggil bra katanya. hahaha

hati ku meronta-ronta untuk pulang ke outlet semula. kembalikan rutin harian aku yang sebenar! gelak saitan ngan ana dah takde sekarang! uwaaaa, baik sangat aku sekarang ni. banyak diam je, kat kilang diam je, buat donut pun diam je! arghhh, kenapa semua diam?! memang masalah jiwa la sapraa ni dol. aku dapat rasa ni bukan diri aku. banyak lagi masalah sebenarnya yg taknak aku pikir. sebab bukan masalah aku tapi kawan2. haihh, korang dah besar, jaga diri k. aku pun hari first da boleh bawak diri. macam2 donut aku buat semalam. sugar raised, m&m yg leceh, black forest gedik, frost almond, gummy drop, strawberry frost. chocolate je aku tak buat ag. hmmm susahkan nak jaga diri sendiri. hahah tibew! sekarang aku da tade kawan mengadu. dulu dia selalu call aku, kalau takde kredit pun dia cari semata2 nak call aku. tapi sekarang tiba2 je dia lari dari aku. hmm. bukan semua orang ada masa untuk aku. tu yang masalah jiwa ni. haha

k lah. nak sambung tido. malam ni nak keje lagi. maybe nak back up untuk esok terus kot. takdelah balik jalan kaki berdua ngan syira pukul 4pagi. seram, anjing pun banyak. hmmmm

assalamualaikum

''sehari selembar benang, lama-lama jadi bukit''

Saturday, 9 February 2013

tiada tajuk

assalamualaikum !

''berlenggang dia berjalan si gadis desa yang manja..jelingan yang manja''

cewwahhh!
hahaha k takde kene mengena..

haha sapo la yg edit, nak jgk letak nama tempat. haha pun boleh farhana!
satu hari tu, kami bosan. lalu, tidak semena-mena kaki kami melangkah ke icity nun di depan rumah. haha dah bosan g situ. icity pun dah bosan asyik kitorang je yang pegi. da la pegi time weekdays, memang tade orang lah. haiyaaaa

bosan bosan pun tangkap gamba tanok kalah mek ni. HAHA
hanya Tuhan je yang tau betapa aku berlagak macam model semata-mata ana nak testing and setting camera beliau. hahahahaa nasib tade orang tau. kalau tak memang model lah. model kaki tak cukup panjang. haha

cakkkk! miyauuuu....

ha da siap setting, mek ni pulak jadi model. HOT gituu. haha


 gambar yang atas ni macam pelik je, macam segan nak letak tapi ana cakap gambar tu okay, tak nampak pape pun. kalau tengok pun tade perasaan. -_-'










mende ntah dia ni nengok..
wife-to-be. :)
gambar-gambar ni dah lama tapi tak la lama sangat. saje je bosan. blog aku kan dah sedia membosankan. orang yang tengok pun bosan tengok gambar aku je kat tempat yang sama je dengan orang yang sama je. hahaha ado den kesah? nak g ngan pakwe, pakwe tade. jengggg! haha

wawawa, perasaan bercelaru sekarang. nak kahwin! mak, kahwinkan la adik! kalau la aku boleh cakap macam tu kat mak, hahaha. tak la, tipu je. tahun lepas tengok blogger sebaya aku kahwin, and dia still full time student, macam jealous la jugak an. haha tapi tu jodoh dia. tapi sekarang tengok dia dah jadi mak buyung, waaaaa lagi la jealous! ada baby dalam rahim dia! waaa nak jugak! hehehe. memang jealous gila nak mati but still prayed the best for that couple.

dah laa saprah, bukan masa kau lagi. aku pun sedar tu,aku nak dapatkan dulu apa aku nak.then bahagiakan mak dulu.lastly baru lah pikir pasal kahwin, tu pun kalau ada orang nak. hahaha kalau takde gamaknya aku lah yang g minang. tamao aku jadi andartu. haishhh, mintak dijauhkan :)

btw, tajuk entry ni nak letak ape ek? dah setengah jam pikir. hahahaah

pelajak pelahu buleh diundur tapi pelajak tate dah tak buleh nak undur-undur dah. ingat tu ya adik-adik yang kadang-kadang pelat dan suka tershasul macam akak saprah yang kiottt macam kat tonn! hahah tibeww

k la, ketemu di lain waktu
bye blog

assalamualaikum