Tuesday, 31 December 2013

assalamualaikum

the last day of 2013. sekejapnya setahun, mesti ramai cakap macam ni. haha bagi aku setahun ni memang rasa macam setahun la. hahaha k annoying. whatever. setahun aku sama je macam setahun orang lain, takde tertambah atau terkurang walau sesaat. yang lain nya cuma cara menghabiskan tempoh setahun tu ha.

banyak benda baru, kenangan pahit manis, pengajaran dalam tahun 2013 ni. apa lagi kalau tak my first working experience. yup kerja kat dunkin' donuts was my first job. cehh. haha pengalaman practical, kena buli dengan manager, manager tak bayar ot, kena ngorat ngan mat indon, haha tengok ana kena ngorat dengan mat bangla cutika, ada kengkawan baru ika, fiqah, zul abg, zul adik, faiz, ali, kak una, kak fida eh ramai lah lagi. wahhh kalau ingat balik awal-awal tahun dulu memang best walaupun time tu rasa macam hell. urghh stress belajar sekarang lagi teruk sebenarnya.

baru je kenal dengan mereka dah boleh rapat macam ni :')

aku jadi manager diorang hari ni. haha

masa mula-mula masuk practical, aku rasa kurus je time ni. haha





didaninasha datang melawat maksu :)


sabawina jugga tidak melepaskan peluang. haha


kami juga tidak melepaskan peluang. hee

bersama adik zul dan adik faiz. saje letak 'adik'. haha

sunway outing with ika :D





with kak mira ss ali punye popia. haha





rindu :(


our last day :(
ni hari last kitorang kerja. aku ana balik pahang, fiqah sambung matrik dekat arau. ika still kerja nak jadi manager katanya. hahaha



muka mintak penyepak

muka mintak penampor. 


taqib.
ni pulak time submit report practical and presentation. haaa tengok, tak semena-mena boleh rapat dengan mamat sengal ni jugak. hahaha

jangan meragui ketinggian aku

mihas 2013 :)

my one and only PALAM !!!


errr abaikan -.-


haaa, hamik kau. kemain banyak throwback pictures masa practical. hehehehehehe sepatutnya boleh dah buat collage je semua gambo ni tapi sebab rajin nak upload semua kan. hahahahaha

lepas practical kerja selama 2 bulan kemudian kembali ke pangkuan keluarga menggemukkan diri dirumah. dapat lesen dahh!! haha sampai lah masuk degree. perkara paling malang adalah ana tak dapat degree foodtech tapi dapat degree applied science dekat arau sana nuuuu! haha padan muke kau. padahal aku gak yang nangis dulu. sobss.

lepas masuk degree takde ape cerita dah. everything is fine as long as i'm not insane, haha. stress dia berkali-kali-kali ganda. sampai lah sekarang final exam. baru habis satu paper and lagi 5 paper menanti.

pengajaran untuk tahun ini, jangan lah memberi hatimu sesuka hati kepada orang lain walaupun orang itu ada pertalian saudara dengan anda itu tidak bermakna dia tidak akan melukakan anda. k just saying :)

haaaa setakat sini jelah. aku pun curi-curi je update blog sambil tengah study physic chem

selamat menyambut tahun baru 2014, jadikan yang lepas sebagai pengajaran, jangan malu buat silap tapi malu lah sebab ulang kesalahan tu.

assalamualaikum :)

Thursday, 5 December 2013

kita dah besar

assalamualaikum :)

hai bloggie 

hmm satu lagi entry sedih dari aku. eh tak lah sedih tapi lebih kepada nak naikkan balik semangat aku yang kian merundum dek kerana faktor sekeliling dan juga test. haaaa.
betul, degree life memang beza dengan time diploma dulu. stress dan stress. hmm, sebenarnya schedule management tu yang kena betul. timing bila nak siapkan kerja, bila nak submit kerja tu yang perlu kot. aku bila dah akhir-akhir sem ni baru lah dapat rentak. tak la serabut dengan kerja sangat bila dapat manage timing tu ha. 

apa yang kita dapat tak semestinya apa yang kita nak, apa yang kita nak tak selalu kita dapat kan? Allah tahu apa yang terbaik untuk kita :) 
percayalah, apa yang jadi ada hikmahnya. Allah takkan bagi dugaan yang hambaNya tak mampu tanggung. seberat manapun masalah kita tu kita boleh atasi nya. jangan putus asa :)

kebahagian bukan untuk ditunggu. kalau kita tunggu bahagia tu datang sendiri memang tak la kan. kalau tunggu orang nak bahagiakan kita lagi la susah. so, cari lah bahagia tu sendiri, bina kebahagiaan tu, sekaligus mana lah tahu boleh bahagiakan orang lain jugak. kan dapat pahala tu :)

for my beloved friends farhana and sabrina. 
aku tahu masalah korang lain-lain tapi be strong okay. jangan jadi pondan sangat. aku ni tak la terer sangat nak nasihat, tapi dengar dan ikut jelah nasihat aku ni. hee tibe kan? haihh tadi macam banyak sangat nak buat dedikasi tapi time taip ni la lupa. hehe

k lah. got to sleep.



assalamualaikum
bye bloggie :)

Sunday, 20 October 2013

dah 21 !!

assalamualaikum

hai hai hai dan hai.

i am officially 21 !

yeayyy!

just a simple birthday. didn't get any present but so many wishes. but i am still glad. thanks to all my friends, family whose wished me and prayed for me the good things. thanks again.

bye, assalamualaikum :)

Thursday, 22 August 2013

Yes another new entry from me

Assalamualaikum

Hai my cutie mutie bloggie. Errr cute lah sangat blog kau ni. Haha takde pape je. Saje menggedik nak buat entry post baru. Dua tiga hari ni aku duk menggila dengan si pahana tu. Melalak kat wechat. Haha. Nampak sangat masing-masing stress. Blog ni tempat meluahkan rasa je. Kang aku tweet kang panjang sangat. Buat status kat facebook macam tak best sebab dah lama aku tak guna benda alah tu. Cewah mentang-mentang dah ade twittewww. Tibew! tak la tatau la rasa tak best dah fb tu. Banyak kenangan pahit. Asyik nak stalk orang je. Haha tu la sebabnya. Haihh jauh dah merapu ni. Haaa so baik aku buat blogpost ni ha. Takde la orang nak baca sangat. Haha. Sape yang baca kantoi stalk aku lattewww. Haha perasan.
Takde ape yang penting pun yang nak di share. Hidup aku ni tak la se happening orang lain. Tapi alhamdulillah aku still bersyukur. Makan tidur tengok tv tidur makan tidur adalah rutin harian aku sepanjang 3 bulan ni. Haha berat aku naik wooo! gila lah. Tapi lantak lah, takde mood nak jaga berat-berat ni. Hehe lawa ape kalau berisi. Haha lagipun mak kata aku berat tulang. Tengok bahu pun orang dah kata aku main rugbi. Especially pizi, sokmo kate aku main rugbi. Jeles la tu. Haha well dah rangka beso nak wat camne tapi sayang nya pendek sikit. Sikit jela. Haha. So conclusion, rangka aku ikut baka belah apak, tapi tinggi separuh mak separuh apak sebab aku tak la tinggi macam kakween kakngah dan tak la sependek mak kakak dan kakcik. Haha kulit ikut mak sebab cerah. Hoho i'm so proud dengan asal kejadian aku. sesungguhnya Allah maha berkuasa :)
itu bermakna aku tak boleh abaikan kedua-dua belah keluarga. Walaupun dah tak macam dulu tapi alhamdulillah raya tahun ni semua balik jumpa mak.

Mungkin ada orang lain lebih bertuah hidupnya dari aku. Tapi Allah juga maha adil. Mungkin aku kurang dari segi harta dan rupa dan mungkin segalanya tapi aku bersyukur sebab aku dikurniakan keluarga yang menyayangi aku dan kawan-kawan sejati yang menemani aku. Dari kekurangan lah yang mengajar aku untuk lebih menghargai. Dan aku sedar ada ramai lagi kat luar sana tu yang nasib mereka tak sebaik nasib aku. Thank you Allah. Sebab tu jangan merungut. Masing-masing ada rezeki masing-masing. Allah knows the best :)

amboi kemain aku bersyarah kan. Mesti makin boring blog aku ni sebab penuh dengan ayat je with no pictures. Haha takkan nak post gambo sendiri kot. Aku tak buat aktiviti ape pun. Duk rumah goyang kaki je ha. Nantilah aku buat entry pasai kek coklat santan. Sedap wooo! haha same je rasa ngan moist cake. Just ganti minyak/butter dengan santan je. Haha dalam aku punya 'to do list' two out of three things that i've done. The another 7? haha nanti lah. Tengah buat lah ni. Jangan gopoh-gopoh. Konon kau memang suka tangguh kerja sapraa -,-
Ye aku memang camni pandai nasihat diri sendiri tapi diri sendiri pun degil dengan diri sendiri. Tak dengar cakap langsung. Haha whatever!

Wokay lah time is running and my battery also is about to 'kong' so better wa chow dulu lah.

Bye see you next time bloggie :)

assalamualaikum.

Tuesday, 20 August 2013

Entry baru lagi!

Assalamualaikum

Hai blog.. Haha rajin lak aku update kan. Hee biasa la orang kesunyian memang camni. Haha aku bosan sebenarnya. Sekarang pun aku still kat akademi memandu lagi. Baru habis dating dengan pegawai QTI. Menatang ape ntah. Haha ujian QTI katanya. Aku pun tatau ape yg diuji oleh beliau. Kate jela nak naik kete ngan aku kan senang. Hahaha bolok saprah.
Next week dah jpj test. Aku tak confident sebenarnya. Jalan besar kat sana tu banyak lori! ohmai mati la aku nanti. Yang lain semua okay just aku takut ngn lori je. Haha. Takpelah, i'll try my best.
Nak masuk degree tapi banyak lagi aku tak buat ni. Haiyoo serabut.
Hmm k la nak balik dah.

Bye blog, assalamualaikum :)

Monday, 19 August 2013

Dengarlah bintang hatiku

Dengarlah bintang hatiku, aku akan menjagamu, dalam hidup dan matiku, hanya kau lah yang ku tuju. Dan teringat janjiku pada mu, suatu hari pasti akan ku tepati.
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku, walau ku tahu ragamu tak utuh. Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh kerna bagiku engkau lah nyawaku.

Assalamualaikum..

Haha baru jumpa lagu ni lepas tengok cerita ijab & qabul. Haaa cerita tu sedih. Huhu. Takde pape saje je lagu ni best. Hehehe. Di petang yang damai ni memang syok nyanyi sorang-sorang tangkap leleh lentok bagai. Haha.
Wahhhh siap berangan ade orang nyanyikan aku lagu ni sambil main gitar lagi. Haha tapi macam tak mungkin je. Orang yang nak kat aku semua pondan tak reti main gitar, petik je pandai tapi haprak. Haha takpe-takpe jangan marah-marah. Perjalanan masih jauhhhhh. Belajar gitar sendiri jelah kan senang. Nak tuju lagu pun senang. Hahaha ngok membebel sengsorang.
Hadoi, nak release tension jap. Sumbat telinga ngan earphone. Banyak pulak problem ni. Banyak benda nak kene pikir. Masa tinggal lagi berapa minggu je. Hmmmm probelems! Especially pasal duit. Hadusss.

Ya Allah, permudahkan lah urusan ku :'(

Huu assalamualaikum ...

Friday, 16 August 2013

Tiba-tiba

Assalamualaikum :)
hai selamat petang encik blog. Tiba-tiba terasa macam nak tulis entry baru petang ni. Hmm nak cakap pasal hati dan perasaan boleh? ahh kalau tak boleh pun ado den kesah? blog aku, aku sorang je yg baca. Haha
Okay back to the point.
Seorang demi seorang yang pergi dari hidup aku. Bermula dengan en.I, en.E, dan en.A. haha what is thisss?!
okay let me explain. Mereka lah yang pernah singgah dalam hidup aku dan pernah diberi peluang. Haha maybe aku yang confuse dengan perasaan aku kot. Hmm tapi peluang yang diberi dibalas dengan kekecewaan yg aku sendiri kena tanggung. Maybe sayang tu tak berapa so sakit putus cinta tu taklah parah sangat. Just kecewa dengan diri sendiri sebab senang sangat bagi peluang kat siapa-siapa ntah. Hmm percaya sangat kan. Dan kecewa sebab dikecewakan oleh siapa-siapa ntah.
So, tak salah kan sekarang aku just tunggu dan tutup hati aku untuk sesiapa. Ada je orang yang aku dah sayang sekarang, tapi biarlah. Tak perlu kecoh-kecoh. Kalau dah jodoh tak kemana. Aku penat penat penat sangat nak bercinta ni. Berkawan jelah dulu kan. Aku hanya mampu doakan yang terbaik je. Takde pakwe pun aku boleh hidup bahagia :)
jodoh itu pasti. Jodoh itu janji Allah. Allah dah tentukan siapa jodoh kita cuma tak tahu siapa, bila, macam mana, dan kat mana je kita akan jumpa jodoh kita tu.
Okay dah habis tazkirah petang ni. Semoga kita semua bertemu dengan jodoh kita dan menuju ke jannah bersamanya :)
tak lupa jugak sikit nasihat untuk my besties farhana, lets just give your relationship with mr.K a little time to rest and both of you can think rationally about yours future together. Okay? yes i know my english is like errrr. But as long as you understand what i'm trying to tell you, my english is doesn't matter anymore.
Tu je, just chill and enjoy our single life. haha
K lah. Got to go. Assalamualaikum :)

Wednesday, 14 August 2013

Sehari yang awesome :)

Assalamualaikum

Hai hola holi cikebum cikebum! hee hari raya ke6 yg awesome dengan kedatangan dua orang makhluk dari kuantan. Haha tq sebab datang! kalau tak datang ntah bila lagi la dapat jumpa. Huu al maklum lah degree tempat lain-lain. Huhu. Hahahahahaha i will miss u! k bye

Tuesday, 16 July 2013

Kembali

6 Syawal
Wahh lama betul tak menghapdate belog ni. Dah berabuk, dah bersawang. Haha ayat biasa blogger. Huhu tak tahu lah nak buat entry pasaipa. Nak gtau aku dah update jelah walaupun takde entry yg berfaedah. Nak letak gambo pun aku tak bergambo. Haha
Ado laie ko orang baco blog ekau ni ha saprah? ontah lah. Den redha jolahhh. Haha k la ketemu dilain entry. In shaa Allah ada lagi lepas ni. Assalamualaikum :)

Thursday, 28 February 2013

kenangan 7 hari

assalamualaikum :)

06:37 am, 28 feb 2013, Khamis

err, motif tulis semua masa tarikh hari?? haha saja sebab tatau nak wat mukadimah ape. weeweeweee! tamatnya shift pukul 4 pagi tadi maknanya sudah tamatlah khidmat saya di bahagian kitchen Dunkin' Donuts. mula-mula ingat kene habiskan practical training yang berbaki dalam kurang dari 3minggu kat kitchen, tapi baru seminggu dah dipanggil balik. huhu tatau lah sebab apa, tapi aku okay je kalau dapat g outlet balik. heheheheeeee

but the real problem is, sape nak kemas beg aku untuk balik shah alam nih? aku tension stress punah jiwa betul dalam bab-bab kemas baju. haihhh, rasa macam nak suruh mak datang sini kemaskan beg. hehehe tapi over la kan kalau camtu. haha imaginasi imaginasi. nak tanak korbankan lah masa tidur pagi ni untuk kemas barang sebab tengahari dah berangkat naik train mengendong luggage untuk kembali ke outlet. huhu


firstly nak cakap terima kasih kepada mereka yang mengajar serba sedikit nak buat kerja. haha tau, tak benyak pun aku belajar tapi i will survive, i will survive! tibewww! haha

syira eyfa lah banyak sekali tolong. buat tu buat ni aku berkepit je ngan diorang. haha last2 kena tinggal jugak, takpe tu la cara belajar an. 

kakdini yang comel dan kelakar, kakzana yang kepoh dan mesraa lawak, kak ita yang selalu hantar aku balik rumah, akak2 loading yang aku tatau nama tapi mereka selalu membalas senyum aku, i love it! haha k bukan tu je, kepada madi yang jadi driver kadang2 jadi delivery nasik kat rumah. hee, joko yang selalu buat muka cempelai dia tu sangat menakutkan aku dah la aku banyak buat salah, sorry bang adik budak baru belajar, ulum yang caring, wiwi yang bagi nama rara kat aku tenkiu dik,. tika si security guard comel yang suka dengar lagu hendustan.. haha ni jela manusia yang tegur aku. takpe, aku ni tak best pun kalau kawan sebab banyak diam je. so tayah kenal pun takpe. tapi alhamdulillah, dapatlah pengalaman kat kitchen.

ketemu semula di outlet
bye

assalamualaikum :)

Saturday, 23 February 2013

masalah jiwa

Psikologist mengatakan:

1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecilyang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yg mempunyai jiwa yg sgt sunyi.

2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia org yang kuat bersedih.

3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia.

4. Sekiranya dia sukar utk mengeluarkan airmata, dia seorang yg lemah.

5. Kalau senang menangis meskipun benda yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati lembut.

6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang. Berusahalah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri. Bukan 100% betul, tetapi ada sedikit kebenarannya disitu. :)


kenapa kenapa kenapa? huhu. baru sehari kot aku masuk kitchen untuk production donut. masuk terus shift malam, untuk y1 hari sabtu. memang banyak la donut nye. haha. memanglah penat. penat gila. sumpah! hehe tayah beria sangat boleh tak zafra? haha kakdini panggil aku zaf. pun boleh kakdini, dari dia duk bantai gelak golekgolek dengar syira panggil aku pra. macam panggil bra katanya. hahaha

hati ku meronta-ronta untuk pulang ke outlet semula. kembalikan rutin harian aku yang sebenar! gelak saitan ngan ana dah takde sekarang! uwaaaa, baik sangat aku sekarang ni. banyak diam je, kat kilang diam je, buat donut pun diam je! arghhh, kenapa semua diam?! memang masalah jiwa la sapraa ni dol. aku dapat rasa ni bukan diri aku. banyak lagi masalah sebenarnya yg taknak aku pikir. sebab bukan masalah aku tapi kawan2. haihh, korang dah besar, jaga diri k. aku pun hari first da boleh bawak diri. macam2 donut aku buat semalam. sugar raised, m&m yg leceh, black forest gedik, frost almond, gummy drop, strawberry frost. chocolate je aku tak buat ag. hmmm susahkan nak jaga diri sendiri. hahah tibew! sekarang aku da tade kawan mengadu. dulu dia selalu call aku, kalau takde kredit pun dia cari semata2 nak call aku. tapi sekarang tiba2 je dia lari dari aku. hmm. bukan semua orang ada masa untuk aku. tu yang masalah jiwa ni. haha

k lah. nak sambung tido. malam ni nak keje lagi. maybe nak back up untuk esok terus kot. takdelah balik jalan kaki berdua ngan syira pukul 4pagi. seram, anjing pun banyak. hmmmm

assalamualaikum

''sehari selembar benang, lama-lama jadi bukit''

Saturday, 9 February 2013

tiada tajuk

assalamualaikum !

''berlenggang dia berjalan si gadis desa yang manja..jelingan yang manja''

cewwahhh!
hahaha k takde kene mengena..

haha sapo la yg edit, nak jgk letak nama tempat. haha pun boleh farhana!
satu hari tu, kami bosan. lalu, tidak semena-mena kaki kami melangkah ke icity nun di depan rumah. haha dah bosan g situ. icity pun dah bosan asyik kitorang je yang pegi. da la pegi time weekdays, memang tade orang lah. haiyaaaa

bosan bosan pun tangkap gamba tanok kalah mek ni. HAHA
hanya Tuhan je yang tau betapa aku berlagak macam model semata-mata ana nak testing and setting camera beliau. hahahahaa nasib tade orang tau. kalau tak memang model lah. model kaki tak cukup panjang. haha

cakkkk! miyauuuu....

ha da siap setting, mek ni pulak jadi model. HOT gituu. haha


 gambar yang atas ni macam pelik je, macam segan nak letak tapi ana cakap gambar tu okay, tak nampak pape pun. kalau tengok pun tade perasaan. -_-'










mende ntah dia ni nengok..
wife-to-be. :)
gambar-gambar ni dah lama tapi tak la lama sangat. saje je bosan. blog aku kan dah sedia membosankan. orang yang tengok pun bosan tengok gambar aku je kat tempat yang sama je dengan orang yang sama je. hahaha ado den kesah? nak g ngan pakwe, pakwe tade. jengggg! haha

wawawa, perasaan bercelaru sekarang. nak kahwin! mak, kahwinkan la adik! kalau la aku boleh cakap macam tu kat mak, hahaha. tak la, tipu je. tahun lepas tengok blogger sebaya aku kahwin, and dia still full time student, macam jealous la jugak an. haha tapi tu jodoh dia. tapi sekarang tengok dia dah jadi mak buyung, waaaaa lagi la jealous! ada baby dalam rahim dia! waaa nak jugak! hehehe. memang jealous gila nak mati but still prayed the best for that couple.

dah laa saprah, bukan masa kau lagi. aku pun sedar tu,aku nak dapatkan dulu apa aku nak.then bahagiakan mak dulu.lastly baru lah pikir pasal kahwin, tu pun kalau ada orang nak. hahaha kalau takde gamaknya aku lah yang g minang. tamao aku jadi andartu. haishhh, mintak dijauhkan :)

btw, tajuk entry ni nak letak ape ek? dah setengah jam pikir. hahahaah

pelajak pelahu buleh diundur tapi pelajak tate dah tak buleh nak undur-undur dah. ingat tu ya adik-adik yang kadang-kadang pelat dan suka tershasul macam akak saprah yang kiottt macam kat tonn! hahah tibeww

k la, ketemu di lain waktu
bye blog

assalamualaikum