Wednesday, 12 December 2012

kefahaman, tolong....

assalamualaikum

kenapa ya, manusia ni complicated sangat. perasaan manusia ni rumit sangat. bila cakap suka, ye ke kite suka kat orang tu? yeke orang tu suka kat kita? bila cakap sayang, macam mana nak ukur dalam nya sayang kita kat seseorang? macam mane nak tahu kita sayang ke kat orang tu? bila cakap cinta, apa pulak beza sayang dengan cinta? kalau sayang memang kene cinta ke? kalau suka boleh jadi cinta ke? kalau cinta boleh bahagia ke?


tak boleh ke orang paham situasi aku? aku tak pernah berniat nak mempermainkan perasaan siapa-siapa. aku just nak berkawan. bercintan-cintun ni bagi aku macam budak-budak, zaman-zaman sekolah. yes, semua orang ada pendapat sendiri and this is my opinion! so, just let it be laa. just ikut flow nanti tiba masa datang jugak jodoh tu. jodoh tu rahsia Allah untuk kita. lagi pun aku tanak beria sangat bercinta, last-last kecewa. aku dah rasa, sakit sangat sampai dah tak ternangis. hanya redha je. aku pun ada hak jugak nak bahagia, tapi mungkin salah aku jugak kot, ntah lah.

kalau boleh memang aku nak elakkan dari tulis pasal hati dan perasaan dalam blog ni tapi nak wat camne. kalau aku tak buat ni nanti aku terus dipersalahkan, terus dituduh. salah ke nak berkawan. sekarang kawan, nanti aku nak tengok siapa yang betul-betul ikhlas ngan aku, tahu nak buat apa. aku hanya nak bercinta dengan suami aku. 


'' lebih baik kita pilih orang yang sayang kita dari kita sayang dia lebih ''

aku rasa ayat kat atas ni lebih sesuai untuk perempuan. lepas kahwin, lelaki masih lagi boleh cari 3 lagi isteri dan semua isteri dia akan cakap yang dia cinta dan sayang. tapi perempuan terpaksa relakan hati berkongsi suami. tetapi, bagi perempuan selepas kahwin, suami lah segalanya. walaupun dulu masa kenal dia tak sayang langsung suami dia tu, tapi lepas kahwin suami di kedudukan teratas. tu la yang akan aku lakukan. sebab cinta lepas kahwin tu lebih manis serta berpahala. dan aku yakin aku boleh cintakan suami aku tu. hmm, kuno ke aku? biarlah. aku just nak jaga hati aku. aku dah penat jaga hati orang. tapi takde seorang pun yang hargai. tu la manusia. bila dah kehilangan baru nak hargai. 



hanya kata-kata maaf kepada sesiapa yang terasa dipermainkan :(

hati ingin berbicara
hati ku sering bertanya
dimana  hujung jalan cerita...

Sunday, 9 December 2012

safraa kembali !

assalamualaikum

 safraa kembali setelah sekian lama tak menyentuh blog ini. huhuhu ni pun update sebab ade orang suruh. wawawa. merajuk-merajuk pun still stalk blog kite, tak malu! hahaha

now, i'm practical trainee at Dunkin' Donut for two months as outlet crew. then after that two months, i'll transfer to HQ  at Ulu Kelang. huhuhuuu.

ahhh, jom r tgk gambau. maleh koi nak critee panjang lebar.

this is me. ''hi, selamat datang'' HAHAHAHA

all of the crews. semua sempoi n best! 

yang bawah ni gambar time kitorang menumpang kat kolej si sasab untuk seminggu. hoho


twilight time :)

safraa, ana, mimi n sasab :)
then, the next plan, aku n ana pegi seremban untuk ketemu sama su n syiraa.


motif betul gamba kan? -,-
first time experience kerja, mmg macam best. mula-mula sumpah aku takut gila. duk kat kitchen je, tak berani duk kaunter. wawawa, but pengalaman mematangkan. selama mana aku nak duk kitchen je. last-last aku keluar jugak ke kaunter. alhamdulillah dah boleh handle walaupun sorang. walaupun memang aku kucar lana dengan kopi dan creamer yang tumpah. hehehe maap maap maap!

tetibe timbul persoalan.

sambung degree then kerja. OR kerja then sambung degree. bukan la maksud aku nak kerja jadi crew DD ni, tapi aku dah ade diploma of course akan cari kerja kat food industries yang proper sikit. sekarang dah ade dua pilihan. Kementeriaan Kesihatan dan kat tempat kerja su. huhu, let me think about it.

k la.. masa untuk buat kerja lain.
got to go now

assalamualaikum :)