Wednesday, 10 October 2012

love letter

assalamualaikum

kehadapan kawan-kawanku yang sedang membaca blog ini. karangan ni agak panjang, so kalau agak-agak rajin tu bacalah, kalau malas, bacalah jugak. secebis luahan hati dari aku yang comel ini. haha. okay-okay serious. 

entry kali ini entry yang serious. pas baca the latest entry ana ngan eyfa, sedih nye lah rasa. aku cuba membayangkan bila last paper nanti. mesti semua berpelukan, menangis mintak maaf bagi nasihat bagai sebab masing-masing lepas ni dah bawak haluan ke tempat praktikal then degree pun, tak semua dari kami akan further kat tempat yang sama and maybe ade yang tak sambung pun. hmm, aku dapat rasa perasaan sayu ni macam lagi kuat berbanding zaman sekolah dulu. dulu sekolah aku jadi budak hostel sekejap je then aku pun tak ramai kawan rapat yg ada pun sekarang dah jarang tegur walaupun kat facebook. sedih kan? time sekarang lah aku baru ada kawan yang betul-betul rapat. makan sepinggan, sesudu, kadang-kadang suap-suap lagi. tidur pun sebantal, selimut sama, peluk-peluk lagi. haha kadang-kadang mandi pun sama-sama, kan ana?

ana, aku selalu takut ngan kau especially time kau emo. haha aku paling rapat ngan nenek nih. gila-gila macam aku jugak. ye, sape yang tak kenal aku maybe kata aku ni pendiam tapi jadi gila kalau dah rapat. haha. aku sayang kau. huu malu nyah!  hee, ingat lagi time kat rumah sewa sawit, aku takut mandi sorang so aku request nak mandi ngan kau. huu kau dah macam kakak aku je, selalu tegur aku buat salah, selalu betulkan aku, selalu bagi nasihat, and selalu support aku tapi selalu jugak BULI aku. aku tak malu nak ngaku yang aku dekan time sem4 salah satu sebab nya adalah kau. huu, time tu kite duk umah sewa. aku malas-malas kau ingat kan aku study, bila malas-malas lagi tengok kau study aku pun semangat study. terima kasih anggap aku as adik kau. aku dah reserved acik, nanti dia dah besar kau cucuk-cucuk la dia  untuk aku. hahaha, moga dia cepat tinggi, haha. aku sayang kau and thanks sebab jadi kawan terbaik untuk aku.

su, syira. dua orang kartun tinggi ni pun sama, menceriakan hari-hari aku. hee, dengan mereka duduk saje-saje pun boleh jadi seronok, macam-macam boleh cerita. hee. su seorang kawan yang sangat tabah dengan situasi kawan-kawan dan family. su sangat kuat. dalam ada masalah pun boleh lagi belajar, hee kalau aku memang dah lingkup semua test quiz bagai. hee. su baik, selalu tolong kawan-kawan dia. time duk umah sewa sawit su selalu tolong kitorang. su matang padahal lagi muda dari aku kot. weh, birthday su 28hb ni !! ala, tak dapat nak baling telur kat su. hehe. sayang su and thanks sebab sudi jadi kawan yg baik orang.

syira pulak lembut, sopan je. hee suara kartun. haha kita serupa. syira anak yang baik, kakak yang baik dan adik yang baik. hee syira suka usap kepala orang yang lagi pendek dari dia. *ehem, aku la tu -,- satu lagi hal yang kita serupa syira, kita sama-sama tunggu mr.right kan? kita tak cari 'prince charming' tapi kita tunggu  orang yang bole anggap kita as mereka punya 'princess'. :)
syira pun baik, caring sangat. memang seorang kakak yang baik. huu nak kakak macam syira, nasib baik syira takde adik lelaki macam ana. haha.
sayang syira and thanks sebab jadi kawan yang baik untuk ambe.

nana, my daughter. hehe nana selalu panggil aku mummy walaupun dia ade banyak lagi mummy sebenarnya. kadang-kadang dia panggil bonda juga. haha nonsense je budak ni. ngan nana ni pun happy. nana, aku terharu bila kau nak spent time ngan kitorang yang sekadar mampu bawak kau jalan-jalan dalam kampung beting naik basikal, and just makan maggi 5 bungkus  dalam tupperware yang gabak.yelah, kau pun rapat ngan aspa, aina, adda dan lain-lain. mereka kan jalan kat tempat best-best, makan best-best. aku harap kau tak sedih, sebab ni je kitorang mampu :')
love you nana and thanks for the friendship.

dila, class rep yang comel dan baik dan lembut dan kelakar. hehehe. dila kawan aku dari maktab, satu kelas lagi tu. result dapat sama, uitm dapat sama n satu group selalu. hee dila baik gilerr. banyak kebaikan nya macam malas je nak tulis. hee, dila memang baik ngan semua orang. budak-budak kelas ade problem, dila try nak settle kan. dila minat korea woo. jangan main-main, budak ni hafal nama-nama artist sana tau. haha. satu benda yang kitorang terkejut and gelak sakan bila dila macam jadi jahat sikit,*contohnya ponteng kelas. haha terus kitorang salahkan ana sebab ana roomate dila 3 sem berturut-turut. hahaa. ape pun dila, all the best. sayang dila and terima kasih sebab masih lagi berkawan dengan orang.

eyfa gemok! hehe kalau ade eyfa kat sebelah ni memang dah lame makan cubit sengat senggol-senggolan dia. haha memang terlompat-lompat lah lepas kena, hee aku selalu duduk sebelah eyfa dalam kelas, and aku memang akan mengantuk. salah satu ubatnya adalah hulur tangan kat eyfa and dia akan mencubit sesedapnya. haha satu lagi aku pau gula-gula dia. haha terbaik kan? duk rumah sewa sawit ngan eyfa adalah pengalaman yang menyeramkan. haha gurau-gurau. eyfa la yang macam mak time kat rumah sewa. ana adalah kaklong dan akulah adik yang paling malas. hahaa. kitorang hantu durian! sumpah akan rindu kenangan tu nanti. huhu. sekarang sem5 kami masing-masing duk kolej dapat pulak tingkat yang tinggi kan. haha nenek sorang ni memang malas nak turun sebab tu gemok. haha gurau lagi. eyfa pun macam banyak masalah sekarang, jadi macam takut sikit nak tegur. ape-ape pun nanti kita hang out same-same lepas last paper k. sayang eyfa jugak and terima kasih sebab berkawan dengan budak comel ni. hahaha

edai medai. hehe hidayah rashid. beliau ni scandal aku. suka sangat mengorat aku. hee, budak yang cantik tapi ganas. cara jalan macam jantan *bak kata cik hairi. hahaha budak ni unpredictable. macam boleh dia jadi kadang ceria semacam, kadang moody. ye time moody memang aku takut kacau kau dayah. aku tanak panggil kau edai, wekkk :P. hahaha. just one thing, aku terharu bila tiba-tiba kau cerita problem family kau kat aku. bila kau ade problem kau boleh je cari aku, ana and yang lain-lain. jangan pendam-pendam. walaupun aku lagi tua dari kau sebulan tapi aku tatau macam mane nak layan kau macam adik, haha kau tetap scandal aku. scandal di hati. sayang kau tau tak, and thanks sebab aku dapat rasa jadi kawan kau.

banyak lagi aku nak tulis ni tapi sensory pun tak habis baca lagi nih. untuk bebudak kelas aku, AS1165A2, aten, lia, diyana, alin, ika mizul, iqa bahrin, sanah, dahlia, ain, hanis, tika kang, syikin, norlin, ida, aspa. eh, baru 22 orang, sape sorang lagi ekk? haaaa shidah ! hahah sorry shidah, tak sengaja. haha. sayang korang sangat. classmates yang sangat best lah, tak same macam kelas-kelas lain. hee semoga kita berjumpa lagi.



hee, mesti bosan kan baca karangan ni. lantak lah, sape suruh baca. haha.

lastly untuk sasab, tunggu kami kat sana tau. kita sambung balik memori kita, insyaAllah :)

salam sayang untuk semua.


yang benar,
Nur-Safraa binti Mazalan


No comments:

Post a Comment