Tuesday, 28 August 2012

salam lebaran :)

assalamualaikum ?

''SELAMAT HARI RAYA
HARI UNTUK KITA BERSUKA RIA''

bersuka ria mende, tension ngan thesis, assignment, lab report, presentation, food launching, independent study bagai.. haihhh *geleng kepala sesuka hati

hee, takpe sapraa.. please be strong.. sebulan je lagi k..
di kesempatan ni, disusun sepuluh jari aku yang panjang-panjang macam kaki ayam ni untuk memohon ampun dan maaf kepada semua kengkawan.. huhu walaupun ni dah syawal yang ke-10.. huhu takpe, raya kan sebulan..

kepada kawan-kawan yang jauh dimata dekat dihati, yang dekat di mata jauh di sisi, yang jauh dimata dan jauh juga dihati, maaf dipinta. huhu aku sedar, aku bukan seorang kawan yang sempurna yang baik, aku pun selalu buat jahat kat korang..huu

macam biasa, sejak setahun dua ni raya aku tak best pun.. hmm but its okay as long orang-orang disekeliling aku happy.. that is enough for me :')
kepada mereka-mereka yang mengusung aku bawak pegi raya, terima kasih kerana menceriakan hari raya aku, kalau korang takde, terperap jelaa aku kat rumah tu.. hmm, Alhamdulillah duit raya tahun ni banyak lah jugak..bole lah menampung hidup di pilah setelah pt kering kontang..haha

aku takde gambar raya 1 family.. sedih tak ? that is reality of me.. dah lame tak bergambar satu family sebenarnya.. hmm, ni je gambar yang aku ade..

model-model kecik yang tomey-tomey macam maksu nye ^_^

ahmad dani rafique bin rusydi bin mazalan
 saje nak menunjukkan budak korea ni anak sedare aku, iaitu anak abang aku.. hahaha
motiff ??  haha


dani dan adik nya , puteri nur irdina
 haha comel gila dua orang nih ! hishhh
nak anak jugak !! 

safraa dan saidah
 kakak ipar aku.. haha suka-suka je aku panggil dia saidah, ade gak kene cepuk ngan abang didi nanti, haha,, ni la kak ida.. :)


last but not least,

safraa dah zalifah
member kacip aku kat jengka.. dari sekolah rendah sampai lah sekarang.. raya pertama dah datang melawat aku yang sakit mata kat rumah tuh.. hehehe
sayang kau pah !

aku sedang cuba meng-elok-kan kembali hubungan aku ngan abang-abang dan kakak-kakak aku.. ya tuhan, bantu aku.. tabah kan hati aku untuk mendengar segala kata-kata yang akan menyakitkan ulu hati aku.. huhu.. weekend ni insyaAllah aku ke bukit tinggi, pahang untuk family day with mazalan's family.. aku harap semuanya okay :')

*aku dah mendalami lirik lagu cinta pertama.. gulpp, memang mendalam sungguh maksud itu lagu.. huu, layak ke aku digelar cinta pertama macam tu? huu..

k lah, back to your work sapraa!

hingga ketemu kembali 
assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment