Saturday, 28 July 2012

29 julai datang lagi...

assalamualaikum :)

29 julai 2007
apak pergi tinggalkan kami. jam 3pagi kami dapat berita, sungguh aku tak mampu nak cakap apa2, airmata setitik pun tak keluar, aku macam orang yang kene pukau ikut je cakap mak suruh tukar baju n bersiap nak balik kampung. dalam perjalanan, aku diam dan just dengar esakan mak ngan kakcik, aku still lagi diam. jauh dalam lubuk hati aku harap apak masih ade, mungkin apak pengsan kot.
sampai kampung, keadaan sunyi, bacaan surah Yassin oleh abang2 aku yang dah sampai dulu. aku naik tangga, nampak sekujur tubuh terbaring ditepi sudut rumah wan. tenang je wajahnya. darah di kepala nya masih ada, apak terjatuh dari tangga masa hendak ke bilik air. mak dah ade kat sisi apak, aku hanya tengok dari jauh dulu. macam tak percaya keadaan macam ni akan jadi kat aku. orang yang aku harapkan dah pergi tinggalkan aku. pelahan lahan aku jalan dan duduk kat sisi apak. aku pegang tangan dia, sejuk. airmata mula bergenang. aku cuba goyangkan badan apak, sambil panggil dia. tapi dia diam je. airmata jatuh. aku tengok apak tak bergerak langsung, mungkin mase ni lah aku kene terima hakikat yang apak dah tinggalkan aku.
wan bagi aku al-Quran, aku mula baca surah Yassin untuk apak. baca dalam esakan. hati aku makin pilu bila mak salahkan aku. aku called mak siang tu suruh balik jengka, padahal mak tengah jaga apak kat kampung, tapi apak suruh jugak mak balik tengok aku kat jengka. aku tak sempat nak amik tandatangan apak untuk borang pemohonan kemasukan ke MRSM. aku terkilan sangat. yang paling aku terkilan, aku tak dapat nak tunjuk kat apak result aku.

29 julai 2012
dah 5 tahun kenangan tu. tapi terasa macam baru je lagi apak cium dahi aku masa dia nak balik kampung. terasa lagi hangat pelukan apak masa kat kampung. aku ingat masa kat kampung, apak semangat sangat kutip buah-buah yang ada. durian, langsat,rambutan, manggis. dia makan semua walaupun mak tak bagi. tapi apak cakap, ni last dia makan. kalau lah aku tahu tu memang last dia, aku sanggup tak pergi sekolah seminggu untuk jaga apak kat kampung. rasa macam baru je lagi aku gelak2 ngan pakcik2 yang ade kat wad hospital jengka mase aku jage apak kat hospital tu. tapi sekarang aku dah tade apak kat sisi aku, yang tegur salah aku, yang jage pergaulan aku, yang membebel kat aku bila aku tak kemas balik barang2 yang aku guna, yang marah aku lebih dari mak bila aku mandi lambat. hermm,tapi apak ada dalam hati aku. aku tak lupa kat apak. 

al-Fatihah....
mazalan bin mohamed said
18 november 1949 - 29 julai 2007


Ya Allah,
Kau kuatkan lah semangat ku,
Kau tabahkan lah hati ku,
ampunilah dosa-dosa arwah,
dan Kau tempatkan lah arwah di tempat orang-orang yang beriman.
Amin..



No comments:

Post a Comment