Wednesday, 12 December 2012

kefahaman, tolong....

assalamualaikum

kenapa ya, manusia ni complicated sangat. perasaan manusia ni rumit sangat. bila cakap suka, ye ke kite suka kat orang tu? yeke orang tu suka kat kita? bila cakap sayang, macam mana nak ukur dalam nya sayang kita kat seseorang? macam mane nak tahu kita sayang ke kat orang tu? bila cakap cinta, apa pulak beza sayang dengan cinta? kalau sayang memang kene cinta ke? kalau suka boleh jadi cinta ke? kalau cinta boleh bahagia ke?


tak boleh ke orang paham situasi aku? aku tak pernah berniat nak mempermainkan perasaan siapa-siapa. aku just nak berkawan. bercintan-cintun ni bagi aku macam budak-budak, zaman-zaman sekolah. yes, semua orang ada pendapat sendiri and this is my opinion! so, just let it be laa. just ikut flow nanti tiba masa datang jugak jodoh tu. jodoh tu rahsia Allah untuk kita. lagi pun aku tanak beria sangat bercinta, last-last kecewa. aku dah rasa, sakit sangat sampai dah tak ternangis. hanya redha je. aku pun ada hak jugak nak bahagia, tapi mungkin salah aku jugak kot, ntah lah.

kalau boleh memang aku nak elakkan dari tulis pasal hati dan perasaan dalam blog ni tapi nak wat camne. kalau aku tak buat ni nanti aku terus dipersalahkan, terus dituduh. salah ke nak berkawan. sekarang kawan, nanti aku nak tengok siapa yang betul-betul ikhlas ngan aku, tahu nak buat apa. aku hanya nak bercinta dengan suami aku. 


'' lebih baik kita pilih orang yang sayang kita dari kita sayang dia lebih ''

aku rasa ayat kat atas ni lebih sesuai untuk perempuan. lepas kahwin, lelaki masih lagi boleh cari 3 lagi isteri dan semua isteri dia akan cakap yang dia cinta dan sayang. tapi perempuan terpaksa relakan hati berkongsi suami. tetapi, bagi perempuan selepas kahwin, suami lah segalanya. walaupun dulu masa kenal dia tak sayang langsung suami dia tu, tapi lepas kahwin suami di kedudukan teratas. tu la yang akan aku lakukan. sebab cinta lepas kahwin tu lebih manis serta berpahala. dan aku yakin aku boleh cintakan suami aku tu. hmm, kuno ke aku? biarlah. aku just nak jaga hati aku. aku dah penat jaga hati orang. tapi takde seorang pun yang hargai. tu la manusia. bila dah kehilangan baru nak hargai. 



hanya kata-kata maaf kepada sesiapa yang terasa dipermainkan :(

hati ingin berbicara
hati ku sering bertanya
dimana  hujung jalan cerita...

Sunday, 9 December 2012

safraa kembali !

assalamualaikum

 safraa kembali setelah sekian lama tak menyentuh blog ini. huhuhu ni pun update sebab ade orang suruh. wawawa. merajuk-merajuk pun still stalk blog kite, tak malu! hahaha

now, i'm practical trainee at Dunkin' Donut for two months as outlet crew. then after that two months, i'll transfer to HQ  at Ulu Kelang. huhuhuuu.

ahhh, jom r tgk gambau. maleh koi nak critee panjang lebar.

this is me. ''hi, selamat datang'' HAHAHAHA

all of the crews. semua sempoi n best! 

yang bawah ni gambar time kitorang menumpang kat kolej si sasab untuk seminggu. hoho


twilight time :)

safraa, ana, mimi n sasab :)
then, the next plan, aku n ana pegi seremban untuk ketemu sama su n syiraa.


motif betul gamba kan? -,-
first time experience kerja, mmg macam best. mula-mula sumpah aku takut gila. duk kat kitchen je, tak berani duk kaunter. wawawa, but pengalaman mematangkan. selama mana aku nak duk kitchen je. last-last aku keluar jugak ke kaunter. alhamdulillah dah boleh handle walaupun sorang. walaupun memang aku kucar lana dengan kopi dan creamer yang tumpah. hehehe maap maap maap!

tetibe timbul persoalan.

sambung degree then kerja. OR kerja then sambung degree. bukan la maksud aku nak kerja jadi crew DD ni, tapi aku dah ade diploma of course akan cari kerja kat food industries yang proper sikit. sekarang dah ade dua pilihan. Kementeriaan Kesihatan dan kat tempat kerja su. huhu, let me think about it.

k la.. masa untuk buat kerja lain.
got to go now

assalamualaikum :)

Wednesday, 10 October 2012

love letter

assalamualaikum

kehadapan kawan-kawanku yang sedang membaca blog ini. karangan ni agak panjang, so kalau agak-agak rajin tu bacalah, kalau malas, bacalah jugak. secebis luahan hati dari aku yang comel ini. haha. okay-okay serious. 

entry kali ini entry yang serious. pas baca the latest entry ana ngan eyfa, sedih nye lah rasa. aku cuba membayangkan bila last paper nanti. mesti semua berpelukan, menangis mintak maaf bagi nasihat bagai sebab masing-masing lepas ni dah bawak haluan ke tempat praktikal then degree pun, tak semua dari kami akan further kat tempat yang sama and maybe ade yang tak sambung pun. hmm, aku dapat rasa perasaan sayu ni macam lagi kuat berbanding zaman sekolah dulu. dulu sekolah aku jadi budak hostel sekejap je then aku pun tak ramai kawan rapat yg ada pun sekarang dah jarang tegur walaupun kat facebook. sedih kan? time sekarang lah aku baru ada kawan yang betul-betul rapat. makan sepinggan, sesudu, kadang-kadang suap-suap lagi. tidur pun sebantal, selimut sama, peluk-peluk lagi. haha kadang-kadang mandi pun sama-sama, kan ana?

ana, aku selalu takut ngan kau especially time kau emo. haha aku paling rapat ngan nenek nih. gila-gila macam aku jugak. ye, sape yang tak kenal aku maybe kata aku ni pendiam tapi jadi gila kalau dah rapat. haha. aku sayang kau. huu malu nyah!  hee, ingat lagi time kat rumah sewa sawit, aku takut mandi sorang so aku request nak mandi ngan kau. huu kau dah macam kakak aku je, selalu tegur aku buat salah, selalu betulkan aku, selalu bagi nasihat, and selalu support aku tapi selalu jugak BULI aku. aku tak malu nak ngaku yang aku dekan time sem4 salah satu sebab nya adalah kau. huu, time tu kite duk umah sewa. aku malas-malas kau ingat kan aku study, bila malas-malas lagi tengok kau study aku pun semangat study. terima kasih anggap aku as adik kau. aku dah reserved acik, nanti dia dah besar kau cucuk-cucuk la dia  untuk aku. hahaha, moga dia cepat tinggi, haha. aku sayang kau and thanks sebab jadi kawan terbaik untuk aku.

su, syira. dua orang kartun tinggi ni pun sama, menceriakan hari-hari aku. hee, dengan mereka duduk saje-saje pun boleh jadi seronok, macam-macam boleh cerita. hee. su seorang kawan yang sangat tabah dengan situasi kawan-kawan dan family. su sangat kuat. dalam ada masalah pun boleh lagi belajar, hee kalau aku memang dah lingkup semua test quiz bagai. hee. su baik, selalu tolong kawan-kawan dia. time duk umah sewa sawit su selalu tolong kitorang. su matang padahal lagi muda dari aku kot. weh, birthday su 28hb ni !! ala, tak dapat nak baling telur kat su. hehe. sayang su and thanks sebab sudi jadi kawan yg baik orang.

syira pulak lembut, sopan je. hee suara kartun. haha kita serupa. syira anak yang baik, kakak yang baik dan adik yang baik. hee syira suka usap kepala orang yang lagi pendek dari dia. *ehem, aku la tu -,- satu lagi hal yang kita serupa syira, kita sama-sama tunggu mr.right kan? kita tak cari 'prince charming' tapi kita tunggu  orang yang bole anggap kita as mereka punya 'princess'. :)
syira pun baik, caring sangat. memang seorang kakak yang baik. huu nak kakak macam syira, nasib baik syira takde adik lelaki macam ana. haha.
sayang syira and thanks sebab jadi kawan yang baik untuk ambe.

nana, my daughter. hehe nana selalu panggil aku mummy walaupun dia ade banyak lagi mummy sebenarnya. kadang-kadang dia panggil bonda juga. haha nonsense je budak ni. ngan nana ni pun happy. nana, aku terharu bila kau nak spent time ngan kitorang yang sekadar mampu bawak kau jalan-jalan dalam kampung beting naik basikal, and just makan maggi 5 bungkus  dalam tupperware yang gabak.yelah, kau pun rapat ngan aspa, aina, adda dan lain-lain. mereka kan jalan kat tempat best-best, makan best-best. aku harap kau tak sedih, sebab ni je kitorang mampu :')
love you nana and thanks for the friendship.

dila, class rep yang comel dan baik dan lembut dan kelakar. hehehe. dila kawan aku dari maktab, satu kelas lagi tu. result dapat sama, uitm dapat sama n satu group selalu. hee dila baik gilerr. banyak kebaikan nya macam malas je nak tulis. hee, dila memang baik ngan semua orang. budak-budak kelas ade problem, dila try nak settle kan. dila minat korea woo. jangan main-main, budak ni hafal nama-nama artist sana tau. haha. satu benda yang kitorang terkejut and gelak sakan bila dila macam jadi jahat sikit,*contohnya ponteng kelas. haha terus kitorang salahkan ana sebab ana roomate dila 3 sem berturut-turut. hahaa. ape pun dila, all the best. sayang dila and terima kasih sebab masih lagi berkawan dengan orang.

eyfa gemok! hehe kalau ade eyfa kat sebelah ni memang dah lame makan cubit sengat senggol-senggolan dia. haha memang terlompat-lompat lah lepas kena, hee aku selalu duduk sebelah eyfa dalam kelas, and aku memang akan mengantuk. salah satu ubatnya adalah hulur tangan kat eyfa and dia akan mencubit sesedapnya. haha satu lagi aku pau gula-gula dia. haha terbaik kan? duk rumah sewa sawit ngan eyfa adalah pengalaman yang menyeramkan. haha gurau-gurau. eyfa la yang macam mak time kat rumah sewa. ana adalah kaklong dan akulah adik yang paling malas. hahaa. kitorang hantu durian! sumpah akan rindu kenangan tu nanti. huhu. sekarang sem5 kami masing-masing duk kolej dapat pulak tingkat yang tinggi kan. haha nenek sorang ni memang malas nak turun sebab tu gemok. haha gurau lagi. eyfa pun macam banyak masalah sekarang, jadi macam takut sikit nak tegur. ape-ape pun nanti kita hang out same-same lepas last paper k. sayang eyfa jugak and terima kasih sebab berkawan dengan budak comel ni. hahaha

edai medai. hehe hidayah rashid. beliau ni scandal aku. suka sangat mengorat aku. hee, budak yang cantik tapi ganas. cara jalan macam jantan *bak kata cik hairi. hahaha budak ni unpredictable. macam boleh dia jadi kadang ceria semacam, kadang moody. ye time moody memang aku takut kacau kau dayah. aku tanak panggil kau edai, wekkk :P. hahaha. just one thing, aku terharu bila tiba-tiba kau cerita problem family kau kat aku. bila kau ade problem kau boleh je cari aku, ana and yang lain-lain. jangan pendam-pendam. walaupun aku lagi tua dari kau sebulan tapi aku tatau macam mane nak layan kau macam adik, haha kau tetap scandal aku. scandal di hati. sayang kau tau tak, and thanks sebab aku dapat rasa jadi kawan kau.

banyak lagi aku nak tulis ni tapi sensory pun tak habis baca lagi nih. untuk bebudak kelas aku, AS1165A2, aten, lia, diyana, alin, ika mizul, iqa bahrin, sanah, dahlia, ain, hanis, tika kang, syikin, norlin, ida, aspa. eh, baru 22 orang, sape sorang lagi ekk? haaaa shidah ! hahah sorry shidah, tak sengaja. haha. sayang korang sangat. classmates yang sangat best lah, tak same macam kelas-kelas lain. hee semoga kita berjumpa lagi.



hee, mesti bosan kan baca karangan ni. lantak lah, sape suruh baca. haha.

lastly untuk sasab, tunggu kami kat sana tau. kita sambung balik memori kita, insyaAllah :)

salam sayang untuk semua.


yang benar,
Nur-Safraa binti Mazalan


Tuesday, 9 October 2012

aku dan mereka :)

assalamualaikum

wahhh, hari isnin ke hari ni? oh, jap lagi dah masuk hari selasa sebenarnya, hehe. hari ni aku just tido sepanjang hari. balik dari rumah syira pukul 8, terus tido sebab semalamnya tak tido langsung. haha kes nya duk melayan malam berinai, jemaah maggi 5 bungkus, dan juga movie dengan pahana, nana, and ciraaa. pastu kul 12 da bangun basuh-basuh muka gosok gigi bagai bukak laptop tengok IRIS. haha hadoi, pastu dalam pukul 2 lebih baru mandi..bla bla bla, tibe jadi journal hidup aku pulak blog nih.. haha whatever lah.
pas g makan ngan ana and nana, balik tido lagi sampai pukul 6, bangun solat asar then tido sampai maghrib. hahaha best wooo...dah la kredit maxis celcom dua2 takde, haha bosan hidup weh..

dah la cerita pasal aku, tak best pun..

AKU DAN MEREKA

siapa mereka tu? mereka tu sahabat. hehe poyo jap. eh, suka hati la blog sayeee..
bukan apa, just sadis je sem last..huhu
sayang mereka sangat-sangat

sapraa

suhailaaaaa

sapraa lagiii

hehe mereka tanpa sapraa

main pijak-pijak kaki. tak pernah menang, sedih ambe !

ngeeeee, eksaiteddd nyee !

maklong pun dapat ! haha


ana ciraaaa. credit to sapraa for the nice picture :) hahahaa

sapraaa lagi. hahaha

ciraa dilaaa. sapraa jugak yg amik gambau nih

ana cira dila. :)

basikal. haha jangan tak cayee ^_^

maklong nak jugak basikal !!

hehehehehe..aku sangat suka gamba ni sbb aku nampak kurusss! yeayy..haha


nananaanana

ciraa

nampak la kependekan aku di situ -,-








dinner food-tech

kita minum dulu !

sapraaa eyfaa

eyfaa

kami

haha, tatau nak tulis ape.. hoho den takdo ideo nak tuleh.. 
just nak cakap yang korang sangat best ! aku takkan lupakan korang,
untuk kakak sasab yg jauh di shah alam, kami di sini tidak melupakan anda. sesungguhnya kalau ada kau lagi happening.. sobss, dah rindu kau ni.. huu malu lahh

sasab :)

ana, syira, nana, malam berinai tu memang macam nak kawin dah aku rasa.haha. main basikal, perghh best siak seyh ! haha tu la , dulu nak sangat basikal kan, then mula la semput..haha nana la tu. 

next event, insyaAllah ke jengka ye kita :)
pesanan khas untuk su : jom lah join. bila lagi nak jejak jengka yg ceruk tu. hee 

k, tu je,
assalamualaikum ^_^

#haaa, lupa nak mention.. ekceli, gambar-gambar kebanyakan dicilok dari blog pahana.. hehehe

Monday, 1 October 2012

gadis seperti kami :)

assalamualaikum

dah habis satu paper hari ni! hee seronok nyaa! tapi bila mengenangkan yang next paper ialah food processing, hmm tak jadi nak seronok.. ape tak nye, carry mark sikit derr! huu, macam mane nak score final nih? kalau full mark final belum tentu boleh dapat A.. 4 credit hours pulak tu subjek nih.. haihhh -,-
tapi takpe, sebab gap ade dalam 5hari (da tolak sehari utk berjimba ria haha).. usaha tetap usaha mane la tahu kot ade rezeki dapat la B, ahh aku tak kesah gred aku just tanak repeat! huhhuhuhuu

k lah, sebab aku tak rasa nak buat keje hape-hape sekarang aku nak mengarut pasal business plan presentation hari tu.. aku ade la sikit curi gambau dari belog pahana ni.. nah ni belog budak ni 

mai nengok gambar ye 

caperaa ngan edai, scandal forever !

partners :)

scandal lagi, haha


again scandal --' (time fpd)

cakk! haha 

ciraaa yg comel :)

boring dah tengok gambar korang berdua nih -.-'

--'



warghhh! makan budak! haha

business girls.. haha tanak !!

we're going to court. heh? -,-

classmates


ana kata gambar ni comel.. ahaks, malu lah ^^,

acewwwahh diaa :)

ana ngan su.. eh, mane suuu ?? hahah

cung dah tuu :D

jangan kacau, muke seteresss nih -.-

heeee, i loike pic ni u !

tengah tunggu

nak buek apo ni yo?

tadaaaa ! -_-'

mereka berdua lagi?

ciraaaa :D

haihh cira nih -,-

duk molek la siraaa ! hee


untung la aku yang amik kan gambau nih -,-

hahahaha, mabelesss! puan farhana jamnan 

pelbagai ekspresi dan gaya

happy bake entreprise

nananananana :D

koleksi gambar terbaik dari hedaiii medaiiii !

huhuhu :)

kami bahagia :)



suu dah penat sangat . haha

eh, nana lagi penat rupenye. haha



dahlia :)

ain kefli :)






perghhh, macam madam lah suu.. tak trauma dah kan? hee

ape salah sayeeee :(



dila :)




















air air, :D

nape na? hahah

alolo, macam acha dah tp versi besa! hee


aku kalau tak duk atas dia mmg tak sah.. haha sofa aku nih ! portable punye..hehe




habiss
banyok ngat gambau nye.. maleh koi nak nuleh kepsen nye..
hehe tibe bahase temeloh kan?

semoga persahabatan kami kekal sampai akhir hayat

tak sabar nak kawin, pastu korang datang jadi bridesmaid , fuyooo best nya! hehe..

potensi kawin dulu:
1. ana jamnan
2. suhaila sulaiman
3. zarifah roslee
4. nur 'adilah kamarunnizam
5. nor syairah md zin
6. mia edai hidayah rashid (nama nak pemes je!)
7. nur husna zakaria
.
.
.
.
.
.
.
101. nur-safraa mazalan

hahahaha, k ayuh ke library utk bersuka ria

boi!

assalamualaikum :D